Pages

Wednesday 9 March 2011

Kezina-zinaan

Nak ditelan pahit, nak dibuang sayang.Berkemungkinan ada yang akan terasa.Masalah sosial seperti pelacuran, gay dan sebagainya memang sudah makin menjadi-jadi di setiap negeri-negeri dalam Malaysia.Tidak terkecuali juga negeri Kelantan pimpinan PAS.
Di daerah Kota Bharu, masalah sosial bukan makin kurang, malah makin menjadi-jadi.Ternyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam seolah-olah melindungi aktiviti-aktiviti maksiat dan pelacuran di dalam bandar Kota Bharu. Kenyataan ini memang memeranjatkan.
Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu.Kenyataan bahawa setelah sedekad Kota Bharu dimartabatkan sebagai Bandaraya Islam, rupa-rupanya ia tidak lebih sebagai retorik politik.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kami, dan akan mengeluarkan kenyataan bahawa di negeri-negeri lain juga terdapat masalah sosial yang lebih besar dari Kota Bharu.Namun itu hanya alasan.Kota Bharu dinaungi kerajaan PAS hampir 21tahun. Dan dalam tempoh itu, kesemua Adun dan pemimpin adalah dari kalangan orang ISLAM.
Kalau selama 21 tahun pun belum cukup nak perangi masalah pelacuran di Kota Bharu, ini kan pula satu Malaysia. Sepatutnya pemimpin kawasan perlu sentiasa memantau kegiatan pelacuran dan gay ini.Namun apa yang tinggal, hanya janji semata-mata.Ini sudah tentu meburukkan imej parti itu sendiri.
Kalau bercakap pasal agama, memang bergegar satu kampung.Tapi kalau bab nak laksanakan tanggungjawab, masing-masing kunci mulut. Cakap berdegar-degar macam guruh.Tapi kaki terpalit tahi.
Pemimpin dan Adun di PAS perlu lebih kuat berusaha memerangi aktiviti ini.Jangan hanya nak duduk diam.Kotakan janji anda sebagai pemimpin yang memperjuangkan Islam.

Artikel kami mengenai masalah sosial di kelantan, sedikit sebanyak menimbulkan salah tafsiran dengan apa yang kami cuba sampaikan. Jadi, kali ini, kami akan merungkai dengan lebih teliti tentang apa yang kami cuba utarakan mengenai artikel dahulu.
Sebelum itu, bagi pembaca berita semasa, anda boleh belek semula manifesto-manifesto,makalah dan terbitan-terbitan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan dan mereka telah mengaku berjaya mempertingkatkan syariat Islam seperti termaktub dalam manifesto mereka seperti di bawah,
  • Pengharaman judi dikuatkuasakan pada 1hb Januari 1992.
  • Menutup kelab-kelab malam.
  • Menghapus kegiatan pelacuran.
  • Menguatkuasakan etika pakaian Islam sebagai syarat pengeluaran lesen oleh PBT.
  • Pengasingan kaunter bayaran lelaki dan perempuan.
  • Menutup pusat hiburan snooker dan billiard.
  • Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai Islam.
Apa yang kami ingin sampaikan di sini, bukanlah untuk membuka pekung atau membuka peluang untuk menabur fitnah.Namun niat kami hanyalah untuk membuka mata masyarakat, khususnya rakyat negeri Kelantan di Kota Bharu, agar mencari jalan dalam menyelesaikan masalah ini yang nampaknya semakin berleluasa.
Kalau ahli majlis ataupun adun kawasan tak nak buat penguatkuasaan, anda sebagai seorang ISLAM, perlu mengambil berat akan isu ini. Janganlah kita menunding jari ke negeri atau kawasan lain. Bersihkan apa yang ada di kawasan sendiri dahulu.
Kelantan dikenali dengan jolokan Negeri Serambi Mekah. Adalah wajar anda sebagai masyarakat, memerangi perkara ini habis-habisan. Sebelum ludah terpalit ke muka sendiri. Ada yang meminta bukti dan sebagainya, dan dalam artikel ini, harapan kami agar selepas ini, pembaca dapat membuat sesuatu bagi membendung aktiviti ini daripada semakin parah.
jalan hamzah Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2Jalan Hamzah, bersebelahan dengan KB Mall dan 500 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan
kampung limau manis Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2Selepas Maghrib, beberapa perempuan bertudung akan berada di sini. Hampiri mereka dan anda akan dibawa ke rumah pelacuran di Kg Limau Manis untuk aktiviti seks.
5 Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2Ini merupakan laluan ketiga ke kawasan perumahan Tmn Limau Manis, jalan utama ke pusat maksiat, juga di kawal oleh lelaki bermotorsikal.
6 Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2Pondok Polis Taman Limau Manis, pada waktu malam, anda boleh melihat seorang dua pelacur perempuan atau pondan berdiri di sini.
7 Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2Lorong menuju ke Kg Limau Manis, dalam 100 meter dari jalan utama Taman Limau Manis. Beberapa orang bapa ayam dan pelacur akan berdiri di sini pada waktu malam berhadapan dengan beberapa barisan rumah di perumahan itu.
8 Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2Dua premis, di kiri dan kanan adalah tempat sarang pelacuran dan perjudian.
9 Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2Bahagian belakang salah sebuah premis pelacuran.
13 Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2Aktiviti harian di siang hari. Kiri dan kanan adalah bangunan yang digunakan untuk pelanggan melepaskan nafsu mereka.
15 Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2Premis pejabat di lihat dari lorong masuk ke sarang pelacuran.
18 Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2Di hadapan lorong masuk ke sarang pelacuran. Dua Pelacur sedang berdiri. Lihat Hotel Tune di belakang. Pelacur juga menyarankan sewaan dibilik hotel itu bagi pelanggan yang mahukan keselesaan.
21 Masalah Sosial Dan Pelacuran Di Kelantan Part 2
Pusat pelacuran di Kampung Limau Manis ini tidak lebih 100 meter dari kediaman Taman Limau Manis.Serta tidak lebih 500 meter dari Kompleks SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan.Mustahil  penduduk di situ tidak menyedari aktiviti yang sudah berlarutan sekian lama ini.
Pihak berkuasa, tak kira apa parti politik, perlu mengambil tindakan serius dalam mengatasi masalah ini. Masalah ini bukan masalah membabitkan politik.Ketepikan ia buat sementara waktu.Masalah ini adalah masalah sesama saudara ISLAM yang perlu dibanteras. Kami percaya sekiranya kesemua pihak dan masyarakat dapat berganding bahu, masalah ini boleh diselesaikan.

Source: www.beritasemasa.com

Kelantan sahaja ke? Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengaanu, Kedah, Perak, Perlis, Sabah, Serawak pulak? Tolak ketepi semua benda ni, fikirkan solat dahulu. Solat selesai, masalah selesai. Jom sama-sama Call 24434! It's Free! Click here to call!

No comments:

Post a Comment